Thursday 31 December 2015

JOM Ke Padang-Bukittinggi, Sumatera Barat [bah.3]

JAM GADANG - LUBANG JEPANG - ISTANA PAGARUYUNG - PADANG

Catatan ketiga JOM Ke Padang - Bukittinggi, Sumatera Barat catatan last untuk trip melancong ke Padang. Kali ni kita fokus 4 tempat utama macam tajuk atas. :-)

Matlamat utama kami sebenarnya nak ke Padang untuk bermalam. Senang cerita matlamat kami adalah transit di Padang untuk satu malam sebelum pulan ke Malaysia. Dalam perjalanan ke Padang, 4 tempat utama ditarget.

Pintu Masuk Lubang Jepang

Lubang Jepang, mula-mula dengar agak aneh. Ingatkan tempat kilang Jepun ke, atau pape la. Rupanya bila sampai ke situ, kawasan ini tercatat sejarah tersendiri.

Menurut pemandu pelancong, Lubang Jepang ni dibina secara rahsia oleh Jepun waktu dorang datang jajah Indonesia ketika Perang Dunia Kedua.Waktu lubang ni dibina, tak ada seorang pun rakyat tempatan Sumatera Barat tahu tentangnya.
Pemandu pelancong menunjukkan bilik senjata

Keadaan dalam Lubang Jepang

Jepun guna khidmat buruh luar dari Sumatera Barat bagi menutup rahsia lubang ini. Lubang ni bukanlah satu lubang je, tapi banyak. Nak mudah faham lubang ni terowong rahsia Jepun. Dalam terowong ni ada banyak bilik-bilik rahsia seperti bilik senjata, penjara dan pejabat.

Jepun turut menggunakan buruh-buruh kanak-kanak secara paksa. Menurut pemandu pelancong, ramai kanak-kanak dan buruh mati akibat diseksa dan kebuluran. Sampai sekarang tak tahu berapa ramai angka korban.

Kami singgah di Jam Gadang, Bukittinggi sebelum terus ke destinasi lain. Gadang ni maksudnya besar. Tak pasti sangat sejarah Jam Gadang ni. Sekitar dataran ni memang ada macam-macam jualan.
Orang perempuan memang seronok bila datang sini. Kat sini ada gak perkhidmatan ambil gambar macam di Lembah Anai.


Kami teruskan perjalanan ke Istana Pagaruyung. Sebelum sampai ke destinasi, sempat lagi singgah ke satu kedai untuk minum. Aku macam biasa la, minum kopi 'daun kopi'.
Kopi daun kopi

Selalunya orang minum dalam cawan tapi kali ni special, minum dalam tempurung. Rasa kopi ni memang best! Tak kuat caffeine. Tahap kemanisan kita tentukan sebab kita sendiri letak gula. Bagi aku, biar gula sikit asalkan tak ganggu diet aku.:-p
Inilah Istana Pagaruyung
Ok, kami teruskan perjalanan dan akhirnya sampai ke Istana Pagaruyung.Istana ni terletak di Kabupaten Tanah Datar. Seni bina istana memang unik. Budaya Minangkabau terserlah pada istana. Istana ni pernah beberapa kali terbakar kerana disambar petir dan dibina baru oleh kerajaan.


Istana ni menjadi pusat pemerintahan Kerajaan Pagaruyung bermula tahun 1347 lagi.Kami ambil peluang untuk bergambar. Dan aku bergambar dengan 2 awek cun. :-)

Destinasi terakhir kami, Padang. Kat Padang cuma melawat persisir pantai je. Kami bermalam di Hotel Bunda Padang sebelum berangkat pulang.

Bagi aku, trip ke Bukittinggi memang berbaloi. Rasa tension hilang bila duduk tempat yang dingin. Tak menyesal datang sini, shopping pun boleh.
Tim rombongan
Harap dapat melawat tempat-tempat lain lagi. Musafir itu bagus untuk tengok ciptaan Allah. :-)

Wednesday 23 December 2015

JOM Ke Padang-Bukittinggi, Sumatera Barat [bah.2]

Jelajah Orang Musafir [JOM] Ke Pesantren Buya HAMKA


Pada 8 Disember 2015, kembara JOM telah memilih Pesantren Buya HAMKA di Tasik Maninjau sebagai lokasi. Untuk sampai ke destinasi, masyaAllah cukup mencabar.

Laluan berlatar berlakangkan alam menjadikan laluan ke pesantren tenang. Namun untuk sampai ke sini, ada satu laluan mencabar perlu diharungi. Kelok 44, nama yang diberikan bersempena dengan keadaan jalan yang perlu lalui 44 simpang.

Dengan kondisi jalan bersimpang-siur, bagi mereka yang tak tahan, memang akan termuntah. Keadaan jalan Kelok 44 cukup untuk laluan dua hala. Jalan yang sempit menyebabkan setiap pemandu perlu berwaspada dan prihatin dengan orang lain.

Inilah Kelok 44 Maninjau.
Sumber gambar dari carian Google.
Menariknya, walaupun laluannya sempit, tapi disiplin toleransi pemandu Sumatera Barat perlu dipuji. Mereka sentiasa bertimbang rasa dan jarang sangat nampak pemandu marah-marah. 

Setibanya di kawasan destinasi, kami disambut oleh guru-guru pesantren di bawah kaki bukit. Untuk naik ke Pesantren, kami perlu menaiki kenderaan jip dan van yang disediakan pesantren tersebut. Kondisi jalan masih kurang elok,malah sentiasa berbukit. Perjalanan dari kaki bukit ke pesantren ialah 15 minit sahaja.
Kenderaan dari kaki bukit ke pesantren
Sebelum tiba ke pusat pesantren, apa yang terfikir dalam akal ahli-ahli rombongan ialah keadaan pesantren yang daif. Malah, ramai antara kami menganggap pesantren ini dibina dari kayu. Namun segalanya meleset. Kami terkejut melihat suasana pesantren yang begitu gah dan moden. Keadaannya sama seperti sebuah kolej elit di Malaysia.
Sambutan yang diberikan pihak pesantren
Kedatangan kami disambut dengan cukup meriah dari pihak pesantren. Seolah seperti rombongan wakil rakyat ke sekolah. Paluan kompang dan tarian Minang dipersembahkan oleh pelajar-pelajar di sini. 

Kami diberi taklimat oleh pihak pesantren mengenai sekolah tersebut. Menurut sumber, tapak asal pesantren ini bukanlah di kawasan yang sekarang. Tapak asal telah musnah dalam gempa bumi yang melanda Sumatera Barat pada tahun 2009.
Tayangan slide mengenai kondisi pesantren pasca gempa 2009
Hasil sumbangan pelbagai pihak termasuk dari Malaysia serta kekuatan semangat pihak pesantren, maka terbinalah kompleks baru pesantren. Nyata bencana yang datang ada rahmat tersembunyi. 
Permandangan Tasik Maninjau berdekatan Pesantren Buya HAMKA
Antara permandangan pesantren
Kedudukan pesantren yang jauh dari kota dengan berlatar belakangkan Tasik Maninjau serta terletak di atas bukit memudahkan lagi suasana pembelajaran yang tenang dan selesa. Pelajar di sini dilarang untuk pergi ke kota sesuka hati.


Taklimat dari pihak pesantren
Almari asrama juga tidak dikunci bagi memupuk semangat amanah dalam diri pelajar. Semua pelajar dilayan sama sahaja tanpa mengira darjat. Pesantren yang asalnya diilhamkan oleh HAMKA, ulama Indonesia terkenal, turut mempunyai pelajar dari Malaysia.
Anak-anak Malaysia di Pesantren Buya HAMKA 2015

Di pesantren ini turut berdirinya sebuah masjid yang dikenali sebagai Masjid Raya.

Masjid Raya
Pada akhir pertemuan, pihak rombongan memberikan sedikit sumbangan yang dikumpul sebelum lawatan lagi. Bagi pihak pesantren, mereka mengharapkan agar rakyat Malaysia terus mendoakan agar cita-cita HAMKA dapat direalisasikan serta struktur pesantren terus kukuh di persada Indonesia dan dunia.

Tuesday 22 December 2015

JOM Ke Padang-Bukittinggi, Sumatera Barat [bah.1]

Peluang cuti sekolah Disember 2015 digunakan sebaik mungkin untuk melancong. Selagi ada kemampuan, selagi ada ibu bapa, baik melancong dari habis duit macam tu je.

Destinasi pilihan, Bukittinggi, Sumatera Barat, Indonesia. Daerah Bukittinggi mungkin tak sehebat kawasan pelancongan lain di Indonesia.

Rasanya kalau sebut Indonesia, ramai terfikir untuk ke Bali, Medan, Jakarta, Lombok dan lain-lain. Mungkin ramai yang tak kenal kawasan Bukittinggi.

Bukittinggi ni terletak dekat dengan Wilayah Sumatera Barat. Akses dari Semenanjung Malaysia (Kuala Lumpur) ke sini sudah pasti guna kapal terbang. Perjalanan Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau, Padang ambil masa lebih kurang sejam 15 minit.

Kami tiba di lapangan terbang atau bandar udara (Bandura) lebih kurang pukul 7 pagi Indonesia atau 8 pagi Malaysia.

Kemudian, dari Padang ke Bukittinggi ambil masa lebih kurang 3-4 jam. Kami bergerak guna bas pelancong atau dalam bahasa Indonesianya, bas Pariwisata. Sepanjang perjalanan, bolehlah nampak seni bina bumbung Minangkabau. Rata-rata masyarakat di Padang dan wilayah Sumatera Barat ni keturunan Minang. 

Menurut pemandu pelancong kami, masyarakat Minang terkenal dengan sikap mengembara terutama kaum lelaki. Tak hairanlah masyarakat Minang boleh sampai ke Negeri Sembilan, Malaysia.

Laluan Padang ke Bukittinggi agak mundur. Tapi taklah sampai daif sangat. Rata-rata masyarakat sini masih miskin.

Dalam perjalanan ke Bukittinggi, sempat gak singgah ke satu kawasan air terjun,namanya Lembah Anai. Air terjun ni betul-betul tepi jalan. Subhanallah, view Lembah Anai ni memang cantik! Peluang yang ada boleh digunakan untuk tangkap gambar. Kalau rasa susah nak tangkap gambar bersama famili, jangan risau. Ada perkhidmatan tangkap gambar dekat situ.

Perghh! Cantik betul Lembah Anai
Selepas puas ambil gambar, kami berehat di sebuah restoran Minang. Pemandu pelancong sempat bergurau sebelum kami makan. Katanya di kawasan Padang, orang tempatan panggil kopi susu sebagai kopi nenen. Katanya lagi, perkataan 'sudu' di Sumatera Barat maksudnya cium. So hati-hati la guna bahasa kat situ.
Kopi susu a.k.a kopi nenen, agak manis. Orang kencing manis elakkan.
Antara masakan Minang. Memang pedas!
Masakan Minang memang mantap! Pedas dan berlemak, itu rahsia kesedapannya. Memang tak rugi dan tak risau soal makan di sini. 
Hotel Bunda, Bukittinggi
Perjalanan diteruskan dan kami sampai di Bukittinggi lewat pedang. Hotel yang jadi pilihan, Hotel Bunda Bukittinggi. Kawasan Bukittinggi merupakan kawasan tanah tinggi, maka cuacanya sudah pasti dingin. Ala-ala Cameron Highland di Malaysia.

Benda pertama yang aku cari sudah pasti kopi! Kalau kat Malaysia, kita ada cap Nescafe dalam tin. Di Indonesia, Nescafe pun ada. Tapi kelainan lain di sini, ada cap Kopiko botol dengan pelbagai rasa.
Kopiko superb.
3 rasa yang aku pilih, Latte, Mocharetta dan Caramel Frappe. Bagi aku, ketiga-tiga kopi ni lebih berkrim banding Nescafe di Malaysia. Aku try gak minum Nescafe dekat sini, nyata lagi sedap banding Malaysia.

Hari pertama, kami cuma melawat kedai-kedai je. Maaflah, gambar kedai-kedai tak dapat ambil. Kamera low bat waktu tu. Untuk hari kedua, kami jelajah ke Pesantren Buya HAMKA.

Sunday 30 August 2015

Trip to Bakun: Tempat Hilang Stress

Kalau sebelum ini nama Empangan Bakun hanya didengar melalui media namun kali ini penulis berpeluang untuk merasai dan melihat sendiri kawasan tersebut.

Sempena dengan cuti Hari Merdeka 2015,penulis bersama rakan- rakan berpeluang pergi ke kawasan sekitar Empangan Bakun.

Perjalanan ke Bakun mengambil masa hampir 3 jam dari bandar Bintulu menggunakan jalan darat. Bila sampai ke kawasan Empangan Bakun,kami perlu melapor diri di pusat kawalan atas faktor keselamatan.
Kawasan jeti Bakun
Setelah tiba di jeti Empangan Bakun,kami menaiki bot menuju ke rumah terapung yang dijadikan homestay. Yang pasti,kawasan sekitar ini tiada network for handphone okey!
Homestay kami tinggal
Perjalanan ke homestay terapung tersebut mengambil masa hampir sejam menggunakan bot enjin berkuasa 40.

Sepanjang perjalanan, ada beberapa rumah terapung kelihatan. Menurut sumber pemandu bot,rumah terapung tersebut merupakan penduduk asal kawasan Bakun ini.

Antara rumah terapung yang masih ada.
Menurutnya, Bakun merupakan satu kawasan yang mempunyai rumah-rumah panjang dan sekolah.

Malah kawasan ini asalnya merupakan kawasan berbukit sebelum ditenggelamkan menjadi empangan.

Semasa pembinaan dulu,Bakun merupakan projek yang terkenal dengan isu tanah adat (NCR).

Dan penyelesaiannya, penduduk diberikan penempatan baru manakala baginyang enggan berpindah, mereka dibenarkan membina rumah terapung di tapak asal yang sudah ditenggelami air.

Sepanjang kami berada di rumah terapung,memang terasa nikmat keindahan alam. Bagi mereka yang minat berenang, memang ini tempatnya tapi awas kawasan ini memang dalam.
Sekitar kawasan Bakun
Pokok yang masih terjaga
Air Bakun cukup jernih seolah air laut. Pokok yang menghijau menambah lagi keistimewaan Bakun.
Ikan dapat dilihat dengan mudah
Terjumpa Melissa Francis, penyanyi terkenal Iban. 
Elektrik di sini menggunakan jenerator. Cuaca dan suasana sini memang cukup sesuai bagi menghilangkan stress.


Pengalaman berada di kawasan Jelatong-Bakun memang pengalaman yang sukar dibuang. Moga Bakun kekal dengan keindahannya dan dibangunkan lagi menjadi kawasan eko-pelancongan.