Showing posts with label diari. Show all posts
Showing posts with label diari. Show all posts

Tuesday, 13 December 2011

Dia Yang Kunikahi: Pelaburan Berbaloi

Assalamualaikum & salam sejahtera

Syukur sebab Dia izinkan diri ni untuk luangkan masa baca novel Dia Yang Kunikahi karya Iqbal Syarie. Novel ni rasanya karya sulung Iqbal Syarie dalam dunia penulisan novel.Sebelum ni,beliau cukup aktif dalam penulisan blog.

Walaupun novel ni novel sulung,tapi rasanya cukup santai. Dan dalam santai tu pun,ada jarum dakwah yang diselitkan. Memang tepat dengan konsep Iqbal Syarie,DaBOM (Dakwah Bagi Orang Muda).

Dalam novel Dia Yang Kunikahi ni, watak utama ialah Johari,Nasuha,dan Aisyah. Novel ni mengisahkan Johari,seorang yang alim namun pernah jua memberontak di zaman remajanya. Dia dan Nasuha pernah terjebak dalam cinta monyet namun atas kesedaran agama,Nasuha ambil keputusan berpisah dengan Johari atas nama berpisah kerana Allah.

Aisyah pula seorang perempuan yang jahil agama.Dia merupakan kawan baik kepada Johari malah sentiasa bantu Johari waktu zaman sekolah rendah dulu. Tapi mereka terpisah setelah Aisyah dan keluarga berpindah ke Australia. Dia melanjutkan pelajaran ke UK dan bermula saat itu dirinya mula terjabak ke alam jahiliah.

Namun hidayah Allah tak kenal sesiapa. Aisyah berubah menjadi seorang yang dambakan cahaya petunjuk dari Allah. Dalam masa sama,Johari ingin mencari Nasuha untuk dijadikan isteri namun akhirnya Nasuha telah terlebih dahulu menjadi pinangan orang lain. Bagaimana akhir cerita ni? Belilah novel ni.

Dalam novel ni,istilah produk siap jadi tarikan saya. Kalau ada keizinan,teringin nak kupas perkataan 'produk siap' tu.InsyaAllah dalam next entry.

Dari 10 bintang, saya bagi 7 bintang untuk novel ni. Sebab? Ada sikit typing error tapi mesej dakwah insyaAllah tetap sampai dalam diri saya.

Sunday, 11 December 2011

Dari Ipoh Dengan 2 Novel

Rasanya hampir setahun tak beli novel. Napa? Maybe sebab tahap kemalasan yang melampau kot untuk baca. Cuma baru-baru ni ja rasa perlu untuk aktif membaca balik. Dulu aku sendiri rasa give up nak baca benda-benda majalah & novel sebab bagi aku,nak berubah,berubah ja la.

Tapi nyata tindakan aku tu sedikit tak cerdik. And i think this is the best time for me. I must change myself.

Dua novel yang baru aku beli ni (11/12/2011) tajuk dia Dia Yang Kunikahi oleh Iqbal Syarie & Sebongkah Batu di Kuala Berang oleh Faisal Tehrani.


Novel Dia Yang Kunikahi aku beli sebagai sokongan kepada Iqbal Syarie. Penulisan dia dalam blog memang aku kagum. Walaupun ada sedikit beza pandangan tapi dia lebih baik dari aku.


Novel Sebongkah Batu di Kuala Berang pula aku beli sebab timbul kontroversi terbaru membabitkan novel tu. Ada kata nak diharamkan,ada kata tak.So,before novel ni diharamkan oleh kerajaan,baik aku beli.

Nanti aku review novel-novel ni.