Showing posts with label semasa. Show all posts
Showing posts with label semasa. Show all posts

Monday, 2 January 2012

Perubahan Amalina Che Bakri


Jujurnya, saya terkejut bila tengok gambar-gambar Amalina Che Bakri dalam laman-laman blog. Dulu dia ni antara pencetus semangat orang Melayu dan Islam di Malaysia untuk jadi role model sebab kejayaan dia capai 17A dalam SPM 2004 yang lalu.

Time tu seantero Malaysia julang nama dia dengan harapan dia boleh jadi role model kepada pelajar lain. Tapi kegembiraan tak lama,satu demi satu kontroversi tentang Amalina timbul. Ada kata dia gagal lah,itulah inilah.


Dan sekarang bagi saya, kebanggaan dulu rupanya tak ke mana pun. Kejutan budaya mungkin terkena dekat diri insan ni.

Bukan nak hina, bukan nak perlekeh tapi terkilan bila orang yang jadi idola time belajar kat sekolah dulu dah jadi lain. Sepatutnya mereka yang berjaya jadi contoh untuk memanusiakan manusia tapi lain jadinya.




Harapan, moga hidayah sampai untuk Amalina buat pusingan U balik. Memang kita jangan pandang rendah pada mereka yang ada masalah sosial ni tapi dalam kes dari positif ke negatif, sapa tak sedih.

Jangan salahkah keluarganya,salahkan diri sendiri dulu.

Thursday, 29 December 2011

Persoalan & Jawapan Tentang Madrasah Salihiah

Latarbelakang:

PKNK dengan kerjasama sebuah syarikat swasta ingin memulih dan memajukan Kompeks Tunku Yaakob yang terbengkalai lebih 30 tahun. Projek yang dinamakan Aman Central bukan sahaja memulihkan bangunan terbengkalai tetapi keseluruhan kawasan di sekitar itu. Pelaburan besar itu bakal memberi peluang ekonomi serta peluang pekerjaan kepada beribu rakyat negeri ini. Isu yang timbul ialah dalam kawasan yang mahu dibangunkan itu terdapat tanah wakaf berkeluasan 0.08 hektar dan di atas tanah itu ada bangunan yang dinamakan Madrasah Salihiah. Pemegang amanah harta wakaf itu adalah Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK). Kerana harta wakaf itu terbabit dalam pelan pembangunan maka ia dicadang untuk dirobohkan sementara dan dibangunkan sebuah surau baru di tempat yang sama.

Dakwaan yang timbul dan penjelasannya:

1. Perobohan surau adalah tindakan zalim

Kerajaan negeri tidak lakukan dengan sewenang-wenangnya terhadap tanah wakaf yang libatkan kepentingan Islam. Ia dirujuk kepada Majlis Fatwa Negeri Kedah yang diketuai oleh Dato' Sheikh Badaruddin Hj Ahmad. Majlis Fatwa bermuzakarah dan memutuskan bahawa surau tersebut boleh diroboh berdasarkan kaedah Istibdal iaitu berlaku pindah wakaf kepada manfaat yang lebih besar. Pampasan RM1.48 juta diberi kepada MAIK selaku pemegang amanah surau untuk mendapatkan wakaf yang baharu. Di lokasi yang dirobohkan akan dibina surau baru yang lebih luas boleh mengisi 400 jemaah dalam satu masa berbanding 200 jemaah dalam surau lama. Surau baru dibina dan pampasan untuk adakan wakaf yang baharu diberi lagi. Roboh satu dapat dua dan lebih manfaat!

2. Mufti Kedah dipaksa turut kehendak kerajaan negeri

Yang Berbahagia Dato' Mufti dan Majlis Fatwa Negeri Kedah berada di bawah KDYMM Tuanku Sultan Kedah yang kini adalah Yang DiPertuan Agong, bukannya lantikan oleh Menteri Besar. Justeru tuduhan tersebut adalah fitnah dan tidak berasas. Mufti juga tidak membuat keputusan berseorangan, mereka bermuzakarah secara mendalam dalam Majlis Fatwa Negeri Kedah yang terdiri dari Dato' Mursyid Diraja Dato' Paduka (Dr) Syeikh Abd. Majid Bin Mohd. Noor (Universiti Al-Azhar Mesir, Universiti Ain As-Syam, Mesir), Dato' Wira Syeikh Yahya Bin Hj Jusoh (Universiti Al-Azhar Mesir (Ijazah Sarjana Muda (BA) Syariah), Universiti Islam Antarabangsa (Diploma Undang-undang Pentadbiran dan Kehakiman), Dato' Syeikh Abdul Razak Bin Haji Mohd Yusof (Universiti Ain Syam, Kaherah, Mesir (Diploma Pendidikan), Dato' Syeikh Abd. Hamid Bin Md. Tahir (Universiti Al-Azhar Mesir (Ijazah BA Syariah Dan Undang-undang) Jayyid (Diploma Pendidikan), Tuan Syeikh Abdul Rahman Bin Abu Bakar (Universiti Ein Syams, Mesir (Diploma Pendidikan) Universiti Al-Malik Saud, Riyadh, Universiti Kebangsaan Malaysia (Sarjana Pendidikan (M.Ed)), Prof. Madya Dr. Haji Abdul Aziz Bin Hj Hanafi (Universiti Al-Azhar Mesir, Ijazah sarjana (MA) Syariah, Doktor Falsafah (Ph.D) dalam Jurusan Syariah Politik Islam/Ekonomi Islam, Tuan Syeikh Marwazi Bin Dziyauddin, Universiti Al-Azhar Mesir - Ijazah Sarjana Muda (Syariah), Universiti Malaya - Ijazah Sarjana (Syariah) Fiqh dan Usul Fiqh dan Tuan Syeikh Aminudin Bin Hj Abd Rahim (Universiti Al-Azhar Mesir - Sarjana Muda (BA) Syariah). Kehebatan ilmu mereka dalam membuat keputusan berkaitan kepentingan Islam tidak boleh dipertikaikan.

3. Surau baru berada dalam kompleks membeli belah, sukar dimasuki

Surau baru yang akan dibina berada di aras bawah kompleks dan boleh dimasuki dari luar pada bila-bila masa walaupun kompleks beli belah ditutup. Ia menampakkan syiar sebuah surau dari luar, ada kubah dan boleh melaungkan azan setiap kali masuk waktu solat. Sedangkan Madrasah Salihiah yang ada sekarang hanya di buka waktu Zohor dan Asar. Pada waktu lain surau dikunci dari luar dan tidak dimakmurkan sepanjang lima waktu.

4. Surau bernilai 100 tahun, ada nilai sejarah mesti dipertahankan

Sebenarnya bangunan surau yang kononnya bernilai 100 tahun di atas tapak itu sudah diroboh tahun 2007 dan dibina sebuah bangunan yang baharu (yang ada kini). Sebahagian besar bangunan itu adalah ruang pejabat yang disewakan kepada sebuah syarikat insuran, hanya satu ruang digunakan untuk bersolat. Bangunan itu baru berusia 4 tahun dan pampasan yang diberikan dengan menilai keseluruhan tanah dan bangunan tersebut.

5. Seluruh bangunan Madrasah Salihiah yang berusia 4 tahun itu adalah surau atau Rumah Allah

Rumah Allah adalah gelaran untuk bangunan surau atau masjid yang menepati syarat. Antara syaratnya ialah tandas mesti terpisah dari bangunan utama musolla seperti mana hampir kesemua masjid yang terdapat di dunia ini. Madrasah Salihiah tidak boleh dipanggil Rumah Allah kerana tandas, pejabat perniagaan dan surau berada dalam satu bangunan. Hanya satu ruang diguna untuk surau macam surau yang terdapat di mana-mana bangunan lain juga.

6. Surau itu dimakmurkan oleh kira-kira 200 jamaah pada setiap waktu solat

Tidak benar. Hanya ada beberapa buah rumah orang Islam berhampiran surau itu kerana ramai yang sudah berpindah. Orang Islam yang masih tinggal, lebih selesa berjemaah di Masjid Zahir. Solat berjemaah di surau itu biasanya hanya waktu Zohor dan Asar, dihadiri beberapa orang yang bekerja di situ. Waktu Maghrib, Isya dan Subuh, pagar pun berkunci. Jika benar surau itu mempunyai 200 anak khariah, mengapa tiada seorang pun yang datang bersolat Subuh di surau? Ramai yang berdemonstrasi membantah bangunan itu dirobohkan tempohari mengaku ahli khariah tetapi sebenarnya mereka adalah penduduk Taman Wira Mergong, bukannya ahli khariah di situ. Bangunan itu lebih berfungsi sebagai pejabat syarikat insuran dari sebuah madrasah atau surau.

7. Sepatutnya ganti wakaf (RM1.48 juta) dibuat di sekitar lokasi tersebut juga

Cadangan itu mungkin baik tetapi persoalannya bagaimana hendak memenuhkan surau ganti wakaf yang dicadangkan itu sedangkan kawasan tersebut bukan perkampungan yang ramai orang Islam. Bukankah lebih baik memikirkan untuk memenuhkan surau baru di kompleks perniagaan yang dibina itu. Dan lebih baik juga RM1.48 juga diguna untuk membina surau di mana-mana kawasan ramai penduduk. Bukan setakat untuk solat tetapi juga untuk pelbagai kegiatan umat Islam yang lain. Pahala yang mengalir kepada pihak yang mewakaf tentulah lebih besar.

8. Di sekitar itu juga terdapat gereja, mengapa gereja tidak dirobohkan sekali

Gereja tidak termasuk dalam lokasi strategik yang mahu dimajukan. Andainya gereja sengaja mahu dimasukkan, maka ganti gereja juga terpaksa dibuat di kompleks membeli belah itu. Adakah umat Islam negeri ini bersedia melihat sebuah gereja di kompleks membeli belah?

9. Pemaju Aman Central adalah orang kafir, mengapa beri peluang orang kafir majukan ekonomi mereka?

Aman Central adalah usahasama antara PKNK dan pemaju tersebut. PKNK adalah milik kerajaan negeri justeru tidak semuanya kafir. Ia akan memberi manfaat kepada kerajaan negeri dan rakyat Kedah (peluang pekerjaan) yang majoritinya terdiri dari orang Islam. Realiti dunia hari ini, akibat kelemahan orang Islam, tidak ada satu aspek yang umat Islam dapat membangunkan iktisad sendiri tanpa orang bukan Islam. Kita tidak boleh bersikap ‘biar orang Islam mundur asal bukan Islam jangan kaya.’ Jika begitu, orang Islam tidak boleh pergi menunaikan haji untuk elak orang kafir yang buat kapal terbang dapat untung.

10. Tidak pernah berlaku dalam sejarah negeri Kedah, Rumah Allah (masjid atau surau) diroboh untuk sebuah shopping complex

Tidak benar. Masjid Alor Malai pernah diroboh untuk pembangunan menyeluruh Kompleks Al-Bukhari yang juga dibangunkan kompleks perniagaan di situ (antaranya Pasaraya Giant). Sebuah masjid baru dibina, bukan di atas tapak masjid lama tetapi dilokasi lain menggunakan kaedah Istibdal, sama seperti kaedah yang digunakan terhadap tanah wakaf Madrasah Salihiah. Ia tidak menjadi isu kerana pihak pembangkang pada masa itu (PAS) tahu hukum hakam, menghormati institusi ulamak dan tidak membantah membuta tuli. Sekarang isu Salihiah menjadi ‘panas’ kerana pihak pembangkang kini merasa ‘terlebih pandai’ dari para ulamak yang ada dalam Majlis Fatwa Negeri Kedah.

Tuesday, 13 December 2011

Lawatan Ukhwah HTM Ke Atas Mursyidul Am PAS


Terharu apabila terbaca lawatan ukhwah yang dilakukan oleh Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) ke atas Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga merupakan Mursyidul Am Parti Islam SeMalaysia (PAS). Lawatan itu dilakukan di pejabat Menteri Besar Kelantan, Kota Darul Naim pada 8 Disember 2011 yang lalu.

Delegasi HTM diketuai oleh Presidennya Ustaz Abdul Hakim Othman diiringi oleh dua orang AJK Pusat HTM, Dr. Muhammad Sharifuddin dan Khairul Effendy serta salah seorang anggota HTM di Kelantan, Ust Mohd Zaki Ibrahim.


Menurut laman rasmi HTM,MyKhilafah, pertemuan di antara pimpinan dua parti Islam di Malaysia itu berlangsung selama lebih kurang 15 minit dengan suasana perbincangan ringkas mengenai fikrah parti masing-masing di dalam usaha menegakkan Islam di bumi Malaysia. Walaupun terdapat perbezaan pendapat yang agak mendasar, suasana perbincangan berjalan dengan baik.

Di akhir perbincangan, Ustaz Hakim telah menghadiahkan empat buah buku keluaran Hizbut Tahrir kepada Tuan Guru Nik Aziz iaitu Nizam al-Islam (Peraturan Hidup Dalam Islam), ad-Daulah al-Khilafah (Daulah Khilafah), Ajhizah Daulah al-Khilafah fi al-Hukm wa al-Idarah (Struktur Pemerintahan Khilafah Di Dalam Pemerintahan Dan Pentadbiran) dan juga Min Muqawwimat an-Nafsiyyah al-Islamiyyah (Tiang-tiang Pengukuh Nafsiyah Islam).

Sebelum berpisah, Ust Hakim menjelaskan harapan HTM kepada Mursyidul Am PAS bahawa sekiranya PAS berjaya memerintah Malaysia selepas pilihan raya umum nanti, HTM mengharapkan PAS menerapkan sistem pemerintahan Khilafah dengan menjadikan buku Ajhizah Daulah al-Khilafah yang dihadiahkan itu sebagai rujukan.

Thursday, 8 December 2011

Hadiah Kek Tahi Hadiah Tak Beradab

Jurucakap deligasi NGO Pulau Pinang Mohamed Ghani Abd Jiman berkata: "Orang lain tak boleh bagi hadiah ‘tahi manusia’, hadiah ini memang mempunyai nilai sentimental dia kerana dia buat Pulau ini macam ‘pulau tahi".

Ini kata-kata orang yang cukup berakal.Kalau dulu Malaysia ni cukup terkenal dengan politik tahan-menahan,kemudian timbul pula fitnah lucah sana-sini. Sekarang,politik Malaysia cuba nak dikotorkan lagi dengan sikap yang tak ada adab.


Hadiah kek tahi yang diberikan oleh kononnya pejuang Melayu kepada Ketua Menteri Pulau Pinang,Lim Guan Eng sempena hari lahir ke-50 dianggap tak mencerminkan nilai-nilai murni Melayu tu sendiri apatah lagi orang tu beragama Islam.

Politik kalau nak bermusuhan pun janganlah sampai lupa adab. Apa perasaan anda wahai 'pejuang Melayu' kalau orang Cina,India atau bumiputera Sabah & Sarawak serahkan kek tahi buat Menteri Besar dan Ketua Menteri ataupun Perdana Menteri? Sedangkan ketua kerajaan tu dipilih rakyat? Bukankah itu menghina rakyat?

ehsan:Milosuam

Kesal gak bila tengok berangai tak beradab ni. Lawan tetap lawan tapi lawan guna akal dan iman. Apatah lagi yang terima kek tahi tu kakitangan awam kerajaan negeri Pulau Pinang. Apa perasaan 'pejuang Melayu' ni bila  orang suruh dia wakil ambil tahi?

Fikirlah sebelum buat sesuatu. Jangan jadi manusia tak berakal.

Tuesday, 6 December 2011

MiLo Suam Bongkar Konspirasi Kosmo Politikkan Punca Banjir di Kajang

DARI awal lagi kita dah boleh agak, bahawa isu banjir di Kajang akan dipolitikkan oleh media dan blogger pengampu United Malays No Otak.

Akhbar Kosmo mendakwa kononnya banjir kilat yang melanda Kajang baru-baru ini berpunca dari aktiviti korek pasir haram.


Blogger-blogger United Malays No Otak pula menuduh kononnya abang MB Selangor menganiaya penduduk Kajang kerana melakukan aktiviti korek pasir.

Salah seorang blogger yang dimaksudkan, tidak lain tidak bukan ialah blogger "ikon lucah" United Malays No Otak, Papa Gomo.

Bagaimanapun konspirasi mereka untuk mempolitikkan bencana alam ini terbongkar apabila Sinar Harian mendedahkan punca sebenar berlakunya banjir.

Sinar Harian melaporkan secara terperinci punca serta alasan bagaimana banjir kilat di Kajang boleh berlaku.

Rupa-rupanya kemungkinan berlakunya banjir ini sudah dapat diramalkan lebih awal oleh pihak berkuasa tempatan dan projek untuk menghalang banjir juga sudah dilakukan.

Namun kerana "perjanjian" yang melibatkan 21 peniaga tempatan menyebabkan projek penebatan banjir terbantut. Maka jelas sekali bukan "korek pasir" penyebabnya.

Maka pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri haruslah bijak untuk berbincang dengan para peniaga yang terlibat.

Kalau dirobohkan gerai mereka, comfirm media-media United Malays No Otak akan mainkan isu kononnya Kerajaan Selangor robohkan gerai Melayu. Kalau tak robohkan banjir pulak.

sumber: MiLoSuam

Saturday, 3 December 2011

SMS HIV Dalam Pepsi dan Coke Adalah Palsu

Mungkin ramai yang mendapat SMS seperti ni:

"Utk beberapa hari akan datang, jangan mengambil minuman dari mana – mana produk dari syarikat Pepsi, Tropicana juice, Slice, 7UP, Coke dan lain – lain kerana ada pekerja dari syarikat itu telah menambah darahnya yang tercemar dengan HIV. Tengok Ntv7. Sebarkan kepada orang tersayang


"the next few days, do not drink any prdct frm pepsi compny like Pepsi,Tropicana Juice,Slice,7up, Coca Cola,etc,as a worker frm the cmpny added his bloog cntaminatd wit HIV.watch NTV7.plz 4ward this 2 every1 u care abt."

Rupa-rupanya SMS yang dihantar tersebut adalah palsu. Isu penyebaran SMS secara meluas yang menyeru pengguna supaya tidak mengambil minuman seperti Pepsi, Tropicana, 7up dan beberapa minuman lain kerana mempunyai campuran darah yang dijangkiti penyakit HIV disahkan palsu oleh pihak pengurusan pemasaran.


Menurut Naib Presiden Pemasaran Permanis Sdn Bhd, Hemalatha Ragavan, yang dipetik dari Harian Metro berkata ada individu yang cuba menyebarkan SMS palsu itu tanpa usul periksa.

Perkara itu dipercayai ditulis dalam sebuah laman web dari luar negara pada Julai 2011 mengenai insiden darah HIV kononnya sengaja dicampurkan dalam minuman popular dan maklumat tidak dipercayai rakyat negara itu sendiri.

Friday, 2 December 2011

Banjir Kilat di Kajang

Dengar kata Kajang,Selangor dilanda banjir. Moga Allah bantu teman-teman di sana.Setiap ujian Allah mesti ada sebabnya.

Banjir mula melanda akibat hujan lebat melanda Kajang selepas solat Jumaat. Keadaan ini menyebabkan paras air sungai meningkat dengan mendadak.






Takziah kepada mangsa banjir yang mengalami kerugian. Moga terima ujian Allah dengan redha.

Tokoh Maal Hijrah 1433H/2011

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan bagi hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKA), Prof Emeritus Dr Abdul Shukor Husin, 69, telah dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1433H/2011.

Manakala bagi Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa 1433H disandang oleh Menteri Haji Arab Saudi, Dr Fuoad Abdul Salaam, 65.

Abdul Shukor membawa pulang hadiah wang tunai RM110,000 iaitu RM100,000 sumbangan kerajaan dan RM10,000 lagi diberikan oleh Yayasan Ubaidi, pingat Tokoh Maal Hijrah, cenderahati serta sijil penghargaan bertulisan khat.

Majlis penyampaian anugerah dan hadiah disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, sebentar tadi.

Majlis berkenaan turut diserikan dengan kehadiran, Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Seri Norainee Abdul Rahman.