Wednesday, 23 December 2015

JOM Ke Padang-Bukittinggi, Sumatera Barat [bah.2]

Jelajah Orang Musafir [JOM] Ke Pesantren Buya HAMKA


Pada 8 Disember 2015, kembara JOM telah memilih Pesantren Buya HAMKA di Tasik Maninjau sebagai lokasi. Untuk sampai ke destinasi, masyaAllah cukup mencabar.

Laluan berlatar berlakangkan alam menjadikan laluan ke pesantren tenang. Namun untuk sampai ke sini, ada satu laluan mencabar perlu diharungi. Kelok 44, nama yang diberikan bersempena dengan keadaan jalan yang perlu lalui 44 simpang.

Dengan kondisi jalan bersimpang-siur, bagi mereka yang tak tahan, memang akan termuntah. Keadaan jalan Kelok 44 cukup untuk laluan dua hala. Jalan yang sempit menyebabkan setiap pemandu perlu berwaspada dan prihatin dengan orang lain.

Inilah Kelok 44 Maninjau.
Sumber gambar dari carian Google.
Menariknya, walaupun laluannya sempit, tapi disiplin toleransi pemandu Sumatera Barat perlu dipuji. Mereka sentiasa bertimbang rasa dan jarang sangat nampak pemandu marah-marah. 

Setibanya di kawasan destinasi, kami disambut oleh guru-guru pesantren di bawah kaki bukit. Untuk naik ke Pesantren, kami perlu menaiki kenderaan jip dan van yang disediakan pesantren tersebut. Kondisi jalan masih kurang elok,malah sentiasa berbukit. Perjalanan dari kaki bukit ke pesantren ialah 15 minit sahaja.
Kenderaan dari kaki bukit ke pesantren
Sebelum tiba ke pusat pesantren, apa yang terfikir dalam akal ahli-ahli rombongan ialah keadaan pesantren yang daif. Malah, ramai antara kami menganggap pesantren ini dibina dari kayu. Namun segalanya meleset. Kami terkejut melihat suasana pesantren yang begitu gah dan moden. Keadaannya sama seperti sebuah kolej elit di Malaysia.
Sambutan yang diberikan pihak pesantren
Kedatangan kami disambut dengan cukup meriah dari pihak pesantren. Seolah seperti rombongan wakil rakyat ke sekolah. Paluan kompang dan tarian Minang dipersembahkan oleh pelajar-pelajar di sini. 

Kami diberi taklimat oleh pihak pesantren mengenai sekolah tersebut. Menurut sumber, tapak asal pesantren ini bukanlah di kawasan yang sekarang. Tapak asal telah musnah dalam gempa bumi yang melanda Sumatera Barat pada tahun 2009.
Tayangan slide mengenai kondisi pesantren pasca gempa 2009
Hasil sumbangan pelbagai pihak termasuk dari Malaysia serta kekuatan semangat pihak pesantren, maka terbinalah kompleks baru pesantren. Nyata bencana yang datang ada rahmat tersembunyi. 
Permandangan Tasik Maninjau berdekatan Pesantren Buya HAMKA
Antara permandangan pesantren
Kedudukan pesantren yang jauh dari kota dengan berlatar belakangkan Tasik Maninjau serta terletak di atas bukit memudahkan lagi suasana pembelajaran yang tenang dan selesa. Pelajar di sini dilarang untuk pergi ke kota sesuka hati.


Taklimat dari pihak pesantren
Almari asrama juga tidak dikunci bagi memupuk semangat amanah dalam diri pelajar. Semua pelajar dilayan sama sahaja tanpa mengira darjat. Pesantren yang asalnya diilhamkan oleh HAMKA, ulama Indonesia terkenal, turut mempunyai pelajar dari Malaysia.
Anak-anak Malaysia di Pesantren Buya HAMKA 2015

Di pesantren ini turut berdirinya sebuah masjid yang dikenali sebagai Masjid Raya.

Masjid Raya
Pada akhir pertemuan, pihak rombongan memberikan sedikit sumbangan yang dikumpul sebelum lawatan lagi. Bagi pihak pesantren, mereka mengharapkan agar rakyat Malaysia terus mendoakan agar cita-cita HAMKA dapat direalisasikan serta struktur pesantren terus kukuh di persada Indonesia dan dunia.

Related Posts:

  • Trip to Bakun: Tempat Hilang Stress Kalau sebelum ini nama Empangan Bakun hanya didengar melalui media namun kali ini penulis berpeluang untuk merasai dan melihat sendiri kawasan tersebut. Sempena dengan cuti Hari Merdeka 2015,penulis bersama rakan- rak… Read More
  • JOM Ke Padang-Bukittinggi, Sumatera Barat [bah.1] Peluang cuti sekolah Disember 2015 digunakan sebaik mungkin untuk melancong. Selagi ada kemampuan, selagi ada ibu bapa, baik melancong dari habis duit macam tu je. Destinasi pilihan, Bukittinggi, Sumatera Barat, Indone… Read More
  • JOM Ke Padang-Bukittinggi, Sumatera Barat [bah.3] JAM GADANG - LUBANG JEPANG - ISTANA PAGARUYUNG - PADANG Catatan ketiga JOM Ke Padang - Bukittinggi, Sumatera Barat catatan last untuk trip melancong ke Padang. Kali ni kita fokus 4 tempat utama macam tajuk atas. :-) Ma… Read More
  • JOM Ke Padang-Bukittinggi, Sumatera Barat [bah.2] Jelajah Orang Musafir [JOM] Ke Pesantren Buya HAMKA Pada 8 Disember 2015, kembara JOM telah memilih Pesantren Buya HAMKA di Tasik Maninjau sebagai lokasi. Untuk sampai ke destinasi, masyaAllah cukup mencabar. Lalua… Read More
  • Ustaz Don Gegarkan Kota SamarahanSaat ditunggu telah tiba, akhirnya penceramah agama Islam yang semakin dikenali ramai, Ustaz Don Daniyal bin Don Biyajid, muncul di Bumi Kenyalang. Sambutan yang diterima,amat menggalakkan malah di luar jangkaan. Antara dest… Read More

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Komenlah secara berhemah. Komen yang terlarang akan diremovekan.Jaga akhlak kita sama-sama ye..