Thursday 31 December 2015

JOM Ke Padang-Bukittinggi, Sumatera Barat [bah.3]

JAM GADANG - LUBANG JEPANG - ISTANA PAGARUYUNG - PADANG

Catatan ketiga JOM Ke Padang - Bukittinggi, Sumatera Barat catatan last untuk trip melancong ke Padang. Kali ni kita fokus 4 tempat utama macam tajuk atas. :-)

Matlamat utama kami sebenarnya nak ke Padang untuk bermalam. Senang cerita matlamat kami adalah transit di Padang untuk satu malam sebelum pulan ke Malaysia. Dalam perjalanan ke Padang, 4 tempat utama ditarget.

Pintu Masuk Lubang Jepang

Lubang Jepang, mula-mula dengar agak aneh. Ingatkan tempat kilang Jepun ke, atau pape la. Rupanya bila sampai ke situ, kawasan ini tercatat sejarah tersendiri.

Menurut pemandu pelancong, Lubang Jepang ni dibina secara rahsia oleh Jepun waktu dorang datang jajah Indonesia ketika Perang Dunia Kedua.Waktu lubang ni dibina, tak ada seorang pun rakyat tempatan Sumatera Barat tahu tentangnya.
Pemandu pelancong menunjukkan bilik senjata

Keadaan dalam Lubang Jepang

Jepun guna khidmat buruh luar dari Sumatera Barat bagi menutup rahsia lubang ini. Lubang ni bukanlah satu lubang je, tapi banyak. Nak mudah faham lubang ni terowong rahsia Jepun. Dalam terowong ni ada banyak bilik-bilik rahsia seperti bilik senjata, penjara dan pejabat.

Jepun turut menggunakan buruh-buruh kanak-kanak secara paksa. Menurut pemandu pelancong, ramai kanak-kanak dan buruh mati akibat diseksa dan kebuluran. Sampai sekarang tak tahu berapa ramai angka korban.

Kami singgah di Jam Gadang, Bukittinggi sebelum terus ke destinasi lain. Gadang ni maksudnya besar. Tak pasti sangat sejarah Jam Gadang ni. Sekitar dataran ni memang ada macam-macam jualan.
Orang perempuan memang seronok bila datang sini. Kat sini ada gak perkhidmatan ambil gambar macam di Lembah Anai.


Kami teruskan perjalanan ke Istana Pagaruyung. Sebelum sampai ke destinasi, sempat lagi singgah ke satu kedai untuk minum. Aku macam biasa la, minum kopi 'daun kopi'.
Kopi daun kopi

Selalunya orang minum dalam cawan tapi kali ni special, minum dalam tempurung. Rasa kopi ni memang best! Tak kuat caffeine. Tahap kemanisan kita tentukan sebab kita sendiri letak gula. Bagi aku, biar gula sikit asalkan tak ganggu diet aku.:-p
Inilah Istana Pagaruyung
Ok, kami teruskan perjalanan dan akhirnya sampai ke Istana Pagaruyung.Istana ni terletak di Kabupaten Tanah Datar. Seni bina istana memang unik. Budaya Minangkabau terserlah pada istana. Istana ni pernah beberapa kali terbakar kerana disambar petir dan dibina baru oleh kerajaan.


Istana ni menjadi pusat pemerintahan Kerajaan Pagaruyung bermula tahun 1347 lagi.Kami ambil peluang untuk bergambar. Dan aku bergambar dengan 2 awek cun. :-)

Destinasi terakhir kami, Padang. Kat Padang cuma melawat persisir pantai je. Kami bermalam di Hotel Bunda Padang sebelum berangkat pulang.

Bagi aku, trip ke Bukittinggi memang berbaloi. Rasa tension hilang bila duduk tempat yang dingin. Tak menyesal datang sini, shopping pun boleh.
Tim rombongan
Harap dapat melawat tempat-tempat lain lagi. Musafir itu bagus untuk tengok ciptaan Allah. :-)

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Komenlah secara berhemah. Komen yang terlarang akan diremovekan.Jaga akhlak kita sama-sama ye..