Keresahan kira-kira 5,000 lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) dari institut pengajian tinggi awam (IPTA) terjawab. Mereka akan diambil bagi mengisi kekosongan jawatan guru di sekolah menengah di bawah Kementerian Pelajaran, mulai Januari 2012.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, daripada jumlah itu, seramai 3,894 lepasan ISMP ditemuduga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) untuk diserap masuk sebagai guru.
Menurut beliau, pengambilan guru dalam kalangan ISMP keluaran IPTA pada tahun depan menunjukkan peningkatan berbanding jumlah 4,318 golongan itu yang dipilih menjadi guru pada tahun ini.
Sehubungan itu, beliau menafikan graduan ISMP 'dianaktirikan' dalam pemilihan guru di sekolah di bawah kementerian itu, sebaliknya menjelaskan, pengambilan dibuat berdasarkan kelayakan dan pilihan bersesuaian.
Katanya, antara kegagalan graduan ISMP dipilih untuk menjadi guru adalah kerana penuntut itu mengambil opsyen mata pelajaran yang kurang diperlukan Kementerian Pelajaran.
"Sebenarnya, kita sudah mewujudkan jawatankuasa bersama antara Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi untuk membincangkan dari segi unjuran iaitu berapa keperluan guru sekolah menengah mengikut opsyen yang diperlukan.
"Unjuran ini dibahagikan antara universiti. Misalnya, jika diperlukan 300 opsyen matematik, ia akan dibahagikan antara IPTA. Jadi, jika mereka menawarkan mengikut opsyen, sepatutnya tidak timbul masalah," katanya.
Baru-baru ini, kira-kira 5,000 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) meminta agar Kementerian Pelajaran tidak menawarkan program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) dan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) kepada graduan lepasan ijazah bukan pendidikan.
Mereka turut meminta agar kerajaan tidak menjadikan mereka seperti 'anak tiri' berbanding lepasan Institut Pendidikan Guru (IPG).
Sementara itu, Mohd. Puad berkata, isu 'anak tiri' tidak timbul kerana lepasan IPG hanya akan diserap sebagai guru di sekolah rendah manakala graduan ISMP keluaran IPTA yang berkelayakan dipilih sebagai guru sekolah menengah, sekali gus mengelakkan persaingan antara kedua-duanya.
"Untuk IPG, sebelum masuk mereka akan disaring dan kita (Kementerian Pelajaran) akan panggil untuk ditemuduga. Yang ditemuduga itu pun belum tentu semua dapat, sebaliknya yang terpilih sahaja akan masuk IPG.
"Tetapi yang masuk universiti ini, dia mohon masuk bidang pendidikan, kemudian bila nak mohon jadi guru baru ditemuduga oleh SPP," katanya.
Search
Blog Archive
-
▼
2011
(31)
-
▼
December
(31)
- HUKUM HAK CIPTA MENURUT ISLAM
- Jenis-Jenis Ulama
- Persoalan & Jawapan Tentang Madrasah Salihiah
- Teka-Teki Imam Al-Ghazali
- Muhasabah Sebab-Sebab Kegagalan Gerakan Islam
- Turun Bendera & Jangan Ludah Muka Orang
- Doakan Hidayah Sampai Kepada Abby Abadi
- Nasihat Imam al-Ghazali Dalam Memilih Isteri
- Sifir Gaji Guru Bermula Januari 2012
- Lawatan Ukhwah HTM Ke Atas Mursyidul Am PAS
- Dia Yang Kunikahi: Pelaburan Berbaloi
- Senarai Buku Diharamkan JAKIM 2011
- Dari Ipoh Dengan 2 Novel
- Rukun & Cara Mandi Wajib Ikut Sunnah
- Hadiah Kek Tahi Hadiah Tak Beradab
- MiLo Suam Bongkar Konspirasi Kosmo Politikkan Punc...
- Jom Download Ombak Rindu
- Graduan Lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (IS...
- Maharaja Lawak Mega:Lawak Buat Orang Sentap?
- Bloglist Ahsfantasy24.Com Januari-Jun 2012
- HRP Pejuang Hak Asasi Manusia?
- Di Sebalik Tarikh 10 Muharram
- Geofrey Peluk Islam
- SMS HIV Dalam Pepsi dan Coke Adalah Palsu
- al-Ma'unah:Dari Silat Kepada Silap
- Banjir Kilat di Kajang
- Filem Ombak Rindu: Antara Mesej & Kontroversi
- Takwim Cuti Sekolah & Cuti Am Negeri-Negeri di Mal...
- Tokoh Maal Hijrah 1433H/2011
- Fakta! Kandungan E-Coli di Kelantan Lebih Rendah
- Sejarah Penubuhan Parti BERJAYA di Sabah
-
▼
December
(31)
0 comments:
Post a Comment
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Komenlah secara berhemah. Komen yang terlarang akan diremovekan.Jaga akhlak kita sama-sama ye..