Monday, 19 December 2011

Turun Bendera & Jangan Ludah Muka Orang

Sekelip mata saja nama Adam Adli popular. Bukan seorang selebriti, bukan seorang pendakwah, bukan seorang Ahli Parlimen tapi dia adalah seorang pejuang mahasiswa.

Namanya mula menjadi sebutan apabila tindakannya turunkan bendera wajah pimpinan sebuah parti politik,Dato' Seri Najib Abdul Razak di ibu pejabat United Malays National Organisation iaitu PWTC.

Dalam kes ni,rujukan Presiden parti lebih molek untuk Dato' Seri Najib atas kapasiti PWTC milik parti politik, bukan harta kerajaan.

Tindakan berani mati Adam Adli memang mendapat respon 'ganas' dari pimpinan parti tersebut sendiri. Malah timbullah pula video sidang akhbar dari 'Panglima' 'BESAR' dari parti tu untuk meludah muka mahasiswa yang sertai demonstrasi di PWTC. Mahasiswa yang gelarkan diri sebagai BEBAS tu pergi ke PWTC atas alasan untuk serahkan memorandum kepada Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia mengenai pemansuhan AUKU.

Respon tentang tindakan Adam Adli, rasanya dalam kemarahan macam mana pun, dia perlu bijak dan jangan terlalu buat tindakan emosional. Napa? Bila dah jadi isu, sudah pasti tindakan disiplin akan dikenakan. Malah label Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sendiri akan turut dibawa bersama Adam Adli.

Tak salah bersuara malah demonstrasi secara aman sememangnya dijamin oleh Perlembagaan Malaysia. Tapi andai kata kita pergi rumah orang, kemudian kita buat benda tak elok dekat rumah orang,rasanya orang tu marah kita balik sebab kita tetamu yang tak hormat tuan rumah.

geng Panglima Ludah
Dan mengenai tindakan 'Panglima Ludah' pula pun rasanya salah gak. Ancaman nak meludah orang tu adab Islam dan Melayu ka? Macam mana pula tindakan anak didik 'panglima' ni yang pernah kencing atas gambar pimpinan oposisi? Dan ayat 'panglima' tu yang berbunyi:

Hantar kamu belajar untuk jadi mahasiswa, bukan untuk jadi kuda Anwar Ibrahim, kuda pembangkang

Ayat ni rasanya perlu dinilai balik. Rakyat Malaysia rasanya dah sampai masa untuk dididik bezakan entiti kerajaan dan parti. Dan dalam nak bercakap pun, janganlah emosi sampai nak meludah orang.


Kan elok kalau kita tak berperangai durja seperti orang yang teruk. Tak perlu ikut benda tak elok? Tapi malang,abang 'panglima' ni berperangai lebih teruk dari penurun bendera tersebut.

Rumusan, guna akal sebelum bertindak. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ni.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Komenlah secara berhemah. Komen yang terlarang akan diremovekan.Jaga akhlak kita sama-sama ye..