Friday 2 December 2011

Fakta! Kandungan E-Coli di Kelantan Lebih Rendah

Dalam kekecohan tentang tahap E-Coli dalam air yang disalurkan oleh Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) kepada rakyat Kelantan, rupa-rupanya ada fakta sebenar tak dihebohkan oleh media perdana Malaysia.


Kandungan surat daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) kepada Pengurus Besar Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) yang bertarikh 30 Oktober 2011 yang memaklumkan prestasi kurang memuaskan beberapa buah negeri seperti yang termaktub di dalam Laporan Pencapaian Pematuhan Kualiti Air Terawat Bagi Parameter QAP Seluruh Negara bagi tempoh Januari hingga Julai dan Januari hingga Ogos 2011 yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya.

Kandungan surat tersebut menyatakan negeri-negeri yang kurang memuaskan tahap kualiti air serta mengandungi e-coli ialah:

1- Perlis = 1.21%,
2- Pahang = 1.12%,
3- Labuan = 1.01%,
4- Perak = 0.90%,
5- Kelantan = 0.88%,
6- Johor = 0.52%

Kebenaran tetap kebenaran. Harap media perdana jangan terlalu kejar politik semata-mata.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Komenlah secara berhemah. Komen yang terlarang akan diremovekan.Jaga akhlak kita sama-sama ye..