Monday, 5 December 2011

HRP Pejuang Hak Asasi Manusia?


Tindakan Hindu Rights Action Force (HINDRAF) menubuhkan Human Rights Party Malaysia (HRP) sebagai tapak untuk politik memang langkah yang bijak. Penubuhan HRP pada 19 Julai 2009 dikatakan memperjuangkan hak asasi manusia di Malaysia.

Namun sejak penubuhan HRP pada tahun 2009 hingga 2011, segala aktiviti HRP dilihat lebih memfokuskan kepada kaum India. Malah pimpinan HRP itu sendiri merupakan pimpinan kaum India.

Jika benar HRP berjuang untuk semua kaum, mengapa tidak ada pimpinan kaum lain dalam parti itu? Adakah HRP lihat hak asasi itu hanya milik satu kaum? Jika HRP ingin memperjuangkan nasib kaum India sahaja, eloklah ditukar nama kepada Hindu Rights Party.

Melihat kepada sejarah HRP, setiausaha penaja parti ini, P. Uthayakumar pernah membentuk beberapa badan bukan kerajaan serta parti lain sebelum HRP dibentuk. Malah Uthayakumar sendiri merupakan bekas ahli Parti Keadilan Nasional (kini PKR) yang meninggalkan parti itu sebelum Pilihanraya Umum 1999.

HRP merupakan kesinambungan perjuangan Police Watch and Human Rights Committee dan Parti Reformasi Insan Malaysia (PRIM) yang dibentuk sebelum penubuhan HINDRAF.

PERBEZAAN HRP DAN HINDRAF

Menurut maklumat yang dikeluarkan HRP, HRP dan HINDRAF merupakan dua organisasi yang berbeza.Berikut adalah perbezaan antara HINDRAF dan HRP:


Struktur HINDRAF dan HRP pula dapat dilihat seperti rajah bawah:


Maka jelaslah bahawa HINDRAF merupakan organisasi bawah HRP. Persoalan matlamat perjuangan HRP juga jelas lebih kepada kaum India. Namun usaha HRP dan HINDRAF mendekati kaum India dilihat lebih hebat berbanding Malaysian Indian Congress (MIC) serta parti-parti lain.

Sambutan terhadap HRP juga dilihat bakal membolehkan HRP bertanding pada pilihanraya nanti.

Related Posts:

  • Hadiah Kek Tahi Hadiah Tak BeradabJurucakap deligasi NGO Pulau Pinang Mohamed Ghani Abd Jiman berkata: "Orang lain tak boleh bagi hadiah ‘tahi manusia’, hadiah ini memang mempunyai nilai sentimental dia kerana dia buat Pulau ini macam ‘pulau tahi". Ini kata-… Read More
  • Fakta! Kandungan E-Coli di Kelantan Lebih RendahDalam kekecohan tentang tahap E-Coli dalam air yang disalurkan oleh Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) kepada rakyat Kelantan, rupa-rupanya ada fakta sebenar tak dihebohkan oleh media perdana Malaysia. Kandungan surat daripada Sur… Read More
  • MiLo Suam Bongkar Konspirasi Kosmo Politikkan Punca Banjir di KajangDARI awal lagi kita dah boleh agak, bahawa isu banjir di Kajang akan dipolitikkan oleh media dan blogger pengampu United Malays No Otak. Akhbar Kosmo mendakwa kononnya banjir kilat yang melanda Kajang baru-baru ini berpunca … Read More
  • Lawatan Ukhwah HTM Ke Atas Mursyidul Am PAS Terharu apabila terbaca lawatan ukhwah yang dilakukan oleh Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) ke atas Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga merupakan Mursyidul Am Parti Islam SeMalaysia (PAS). Lawatan … Read More
  • HRP Pejuang Hak Asasi Manusia? Tindakan Hindu Rights Action Force (HINDRAF) menubuhkan Human Rights Party Malaysia (HRP) sebagai tapak untuk politik memang langkah yang bijak. Penubuhan HRP pada 19 Julai 2009 dikatakan memperjuangkan hak asasi manusia di … Read More

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Komenlah secara berhemah. Komen yang terlarang akan diremovekan.Jaga akhlak kita sama-sama ye..