Tuesday, 6 December 2011

Maharaja Lawak Mega:Lawak Buat Orang Sentap?

Sebut saja Maharaja Lawak Mega,rasanya semua masyarakat Malaysia yang cukup peka dengan dunia hiburan tau. Rancangan dari rentetan Raja Lawak dan Maharaja Lawak itu sejak kebelakangan ni asyik penuh dengan kontroversi ja.

Dah la kontroversinya semua tak masuk akal. Majoritinya pula lebih kepada perangai 'terlebih lawak' peserta sehingga suasana menjadi kurang enak didengar.Bahasa kasar,lawak bodoh sehingga menjadi tidak terajar.

Sapa tak tahu tentang rancangan ni?Saban episod ada saja kontroversi.Malah bintang-bintang Raja Lawak dulu pun banyak kontroversi melanda mereka.


Dalam siri Maharaja Lawak Mega,antara isu paling tak masuk akal ialah mempersenda penyanyi veteran,Zaiton Sameon oleh Sabri.

Tak lebih dari itu,ada juga peserta Maharaja Lawak Mega ni cuba masukkan kritikan terhadap parti politik,Parti Islam SeMalaysia (PAS). Buktinya,bolehlah cari video persembahan kumpulan Comel yang terdiri daripada Radhi Khalid dan Bell Ngasri.


Misalnya, Radhi Khalid kata "boleh jadi artis PAS,artis yang kolot". Dia keluarkan kata-kata ni selepas Bell Ngasri kata "saya suka Ustazah Pilihan". Aik, ni nak nak perli sapa ni?PAS,Ustazah Pilihan atau golongan agama?

Malah dek kerana lawak bodoh dari Maharaja Lawak Mega ni jugalah, ada peminat terasa bila lawak yang dibuat seolah menyindir pesakit gout.

sumber: sini
Kalau nak senaraikan lagi isu-isu yang melanda bekas peserta Raja Lawak,Maharaja Lawak dan Maharaja Lawak Mega, rasanya tak mampu nak senarai.Terbaru,isu Ogy Ahmad Daud nak saman Johan.

Cadangan,Astro rasanya kena letak garis panduan kot untuk rancangan macam ni.Lawak tu lawak la tapi jangan sampai jadi lawak 'tak cerdik'.Jangan kerana rancangan macam ni,hiburan kita jadi hiburan taraf rendah.

Related Posts:

  • Filem Ombak Rindu: Antara Mesej & Kontroversi 1 Disember 2011,rasanya satu tarikh sejarah buat saya sebab tarikh ni buat julung kali saya berpeluang tengok wayang filem yang betul-betul ditayangkan untuk hari pertama. Kebetulan filem yang ada pada waktu tu hanya filem O… Read More
  • Geofrey Peluk Islam Pelakon baru berketurunan Australia, Geofrey Perrin Williams atau nama Islamnya Jufri Rayyan Williams, 27, berasa lebih bertanggungjawab selepas memeluk Islam pada bulan lepas. Dia pernah muncul dalam beberapa buah drama t… Read More
  • Doakan Hidayah Sampai Kepada Abby Abadi Alhamdulillah,dari hari ke hari makin ramai artis kita yang sudah berubah. Ada yang berhijrah secara mutlak,ada yang berubah step by step. Ada yang dulunya seksi kini sopan dan ada yang dulunya jahil kini tak malu untuk men… Read More
  • Maharaja Lawak Mega:Lawak Buat Orang Sentap?Sebut saja Maharaja Lawak Mega,rasanya semua masyarakat Malaysia yang cukup peka dengan dunia hiburan tau. Rancangan dari rentetan Raja Lawak dan Maharaja Lawak itu sejak kebelakangan ni asyik penuh dengan kontroversi ja. Dah… Read More

1 comment:

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Komenlah secara berhemah. Komen yang terlarang akan diremovekan.Jaga akhlak kita sama-sama ye..